Popular Posts

Sistem Peperiksaan Perkhidmatan Awam Online



Peperiksaan SPA Kini Online



27 Mei 2014 menjadi tarikh mula hebahan peperiksaan Online oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA). Ianya diumumkan serentak dengan peperiksaan kemasukan jawatan Pegawai Pembangunan Masyarakat (PPM). Sebenarnya peperiksaan PPM ini adalah peperiksaan kedua menggunakan sistem online ini selepas peperiksaan Penolong Pegawai Arkib pada awal Mei 2014. Ianya merupakan transformasi yang dirancang bagi meningkatkan kemudahan untuk calon dan penjimatan kos pengurusan peperiksaan
Menurut pengerusi SPA, Tan Sri Mahmood Adam, kaedah terbaru ini dilaksanakan bagi memudahkan calon mengambil peperiksaan tanpa perlu lagi mengambil cuti untuk ke pusat peperiksaan yang ditetapkan seperti sebelum ini. Tambahan dari itu katanya lagi, menerusi transformasi berkenaan, SPA dapat menjimatkan kos pengurusan peperiksaan berbanding cara sebelum ini yang merangkumi perbelanjaan seperti kertas jawapan dan buku soalan dengan nilai penjimatan sebanyak RM2.5 juta setahun.
Ia membolehkan orang ramai menduduki peperiksaan bertulis untuk memasuki skim perkhidmatan awam di mana saja mereka berada iaitu di rumah, pejabat atau luar negara”, ujar Tan Sri Mahmood Adam, pengerusi SPA

kesan positif untuk calon?

Dalam sistem lama, calon dikehendaki hadir ke pusat peperiksaan yang ditetapkan dan masalah yang timbul adalah;
  • Calon terpaksa mengambil cuti untuk hadir ke pusat peperiksaan
  • Pusat peperiksaan yang jauh. Ada sesetengah calon bekerja di Kuala Lumpur terpaksa pulang ke Perlis untuk mengambil peperikaan di kampung
  • Masalah ‘keinginan’ calon bertukar pusat peperiksaan
  • Masalah kegagalan menjumpai pusat peperiksaan. Banyak kes calon lewat sampai ke pusat peperiksaan kerana tidak menjumpai lokasi sebenar
Tahniah untuk SPA yang mendengar keluhan calon-calon sebelum ini dan memperkenalkan inisiatif peperiksaan online ini. Syabas! Diharapkan dengan perlaksaan ini akan menambah jumlah calon yang mengambil peperiksaan dan lebih ramai calon lulus peperiksaan SPA ini

masalah pada calon?

Rata-rata bergembira dengan perlaksanaan ini tetapi untuk calon yang hadir berlaku banyak kegusaran atas beberapa halangan teknikal yang berlaku. Antaranya yang sempat kami kumpulkan;
  • ‘Loading’ yang lambat
  • Sistem ‘auto-refresh’ yang mendatangkan masalah
  • ‘Pop-up’ mengatakan ada soalan belum dijawab walhal semua soalan telah dijawab
  • ‘Auto refresh’ yang kerap dan tidak tepat membuatkan calon terganggu dan kehilangan masa
  • Gambarajah tidak keluar untuk soalan yang memerlukan rujukan gambar
  • Telah menjawab semua soalan dan menekan link selesai, ‘Pop-up’ muncul mengatakan ada soalan belum dijawab
Itu antara masalah yang timbul. Tidak dinyatakan masalah akses internet oleh calon dan masalah tiada akses yang kita anggap sebagai masalah yang boleh diatasi oleh calon sendiri. Masalah yang dinyatakan di atas adalah pada sistem peperiksaan online itu sendiri pada teknikaliti perlaksanaan.
Ianya adalah masalah biasa untuk sistem baru dan ada ruang untuk penambahbaikan dan pastinya ianya tidak dipandang enteng oleh pihak SPA.
Pada calon yang lalu, masalah ini besar bagi mereka kerana tidak tahu apa status peperiksaan yang lalu. Adakah peperiksaan itu ‘valid’ dan bagaimana pemarkahan mengambilkira ‘pop-up’ yang mengelirukan dan ada soalan yang dikatakan masih belum dijawab.

anda calon peperiksaan online?

Jika anda calon peperiksaan Online yang lalu, bagaimana pengalaman anda? Ada calon yang berjaya dan lancar dalam sesi online yang lepas tetapi ada juga yang mengalami masalah seperti yang dimaklumkan. Tinggalkan response anda tentang peperiksaan online oleh SPA Ini untuk melihat apa lagi kelemahan dan kebaikan yang berlaku.
























Share your views...

0 Respones to "Sistem Peperiksaan Perkhidmatan Awam Online"

Post a Comment

 

About Me

Our Partners

© 2010 Panduan Info Kerjaya All Rights Reserved Thesis WordPress Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors.info