Popular Posts

Gagal Temuduga Kerana....



Sebab utama ramai orang gagal dalam temuduga adalah kerana beberapa tanggapan salah semasa sesi temuduga dijalankan. Semua orang tahu tujuan temuduga dijalankan adalah untuk majikan mencari pekerja yang layak untuk sesuatu jawatan kosong.

Untuk hadir ke sesuatu temuduga dan berjaya adalah suatu perkara yang perlu diambil berat oleh calon.

Berikut adalah antara Faktor utama kegagalan calon semasa temuduga:

1. Kurang persedian - Calon hadir ke sesi temuduga tanpa persedian yang lengkap. Hadir sekadar untuk mendapatkan pengalaman dan hanya untuk memenuhi panggilan temuduga..Calon tidak serius dan sambil lewa.

2. Kurang berkeyakinan menjawab soalan penemuduga - ramai calon temuduga gagal menjual diri mereka 'effectively'. Gagal menyampaikan fakta, bukti kejayaan dan pencapaian mereka dengan baik.

3. Masalah Kemahiran bercakap dan penampilan - Hadir temuduga dengan penampilan yang tidak sesuai, tidak kemas, cincai, berserabut. Kurang keyakinan dalam bercakap, tidak fasih dan susunan ayat yang berterabur.

Berikut adalah asas persediaan menghadiri temuduga...

1. Dapatkan semua maklumat asas tentang temuduga - Buat rujukan asas berkaitan dengan jawatan yang dipohon sebelum menghadiri temuduga. 

2. Fahami apakah kehendak majikan anda - Jangan hanya fokus pada jawatan dipohon. Anda perlu perluaskanya. Jika boleh cuba gunakan kenalan atau network anda untuk kenalpasti serba sedikit tentang Syarikat dan jawatan yang dipohon. Ini akan membantu anda untuk fokus dan idea yang bernas semasa menjawab soalan dari bakal majikan anda.

3. Kenalpasti kenapa anda layak untuk jawatan dipohon -  Ini adalah penting untuk memastikan majikan anda percaya anda adalah calon yang terbaek untuk syarikat mereka. Anda perlu bijak menjual diri anda. Ingat ini adalah 'turning point' anda.

4. Biasakan dengan Resume Anda - Rujuk balik point  number 2 tadi. Anda perlu tahu dengan jelas kehendak jawatan yang dipohon jangan bercakap atau memberi sesuatu yang diluar topik. Cuba kaitkan balik dengan kerja lama anda ( fresh graduate boleh kaitan dengan pratical training anda OK ).

5. Dengar dan kenalpasti soalan - Adalah anda perlu explain??





Share your views...

0 Respones to "Gagal Temuduga Kerana...."

Post a Comment

 

About Me

Our Partners

© 2010 Panduan Info Kerjaya All Rights Reserved Thesis WordPress Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors.info