Popular Posts

Tips Lulus Temuduga



Adab Temuduga





Di awal temuduga
  • Beri salam atau ucapan selamat kepada panel temuduga;
  • Mendengar dan menjawab soalan dengan betul;
  • Mempunyai keyakinan diri dan motivasi yang tinggi;
  • Bersikap tenang dan tidak gementar;
  • Jangan menguasai sesi temuduga;
  • Jangan membesar-besarkan diri serta bercakap panjang atau bercakap banyak;
  • Jangan cerita masalah peribadi seperti urusan rumahtangga, kesihatan diri atau masalah kewangan;
  • Jangan bertengkar dengan panel temuduga. Sekiranya calon tidak bersetuju dengan pandangan yang diberioleh panel temuduga, berilah pandangan lain secara berhemah;
  • Jangan mengkritik bekas majikan anda atau mana-mana pihak lain;
  • Jangan mengunyah gula getah atau makan gula-gula semasa temuduga;
  • Jangan menunjukkan ‘silent ‘ protes jika lambat dipanggil panel temuduga;

Di akhir temuduga
  • Biarkan panel temuduga menamatkan sesi temuduga;
  • Apabila sesi temuduga tamat, berilah ucapan terima kasih kepada panel temuduga kerana meluangkan masa dengan anda;
  • Sebaik sahaja sesi temuduga tamat, tinggalkan bilik temuduga dengan segera dan bersopan santun.
  • Pastikan barang-barang milik anda tidak tertinggal.


Read More Add your Comment 0 comments


Gagal Temuduga Kerana....



Sebab utama ramai orang gagal dalam temuduga adalah kerana beberapa tanggapan salah semasa sesi temuduga dijalankan. Semua orang tahu tujuan temuduga dijalankan adalah untuk majikan mencari pekerja yang layak untuk sesuatu jawatan kosong.

Untuk hadir ke sesuatu temuduga dan berjaya adalah suatu perkara yang perlu diambil berat oleh calon.

Berikut adalah antara Faktor utama kegagalan calon semasa temuduga:

1. Kurang persedian - Calon hadir ke sesi temuduga tanpa persedian yang lengkap. Hadir sekadar untuk mendapatkan pengalaman dan hanya untuk memenuhi panggilan temuduga..Calon tidak serius dan sambil lewa.

2. Kurang berkeyakinan menjawab soalan penemuduga - ramai calon temuduga gagal menjual diri mereka 'effectively'. Gagal menyampaikan fakta, bukti kejayaan dan pencapaian mereka dengan baik.

3. Masalah Kemahiran bercakap dan penampilan - Hadir temuduga dengan penampilan yang tidak sesuai, tidak kemas, cincai, berserabut. Kurang keyakinan dalam bercakap, tidak fasih dan susunan ayat yang berterabur.

Berikut adalah asas persediaan menghadiri temuduga...

1. Dapatkan semua maklumat asas tentang temuduga - Buat rujukan asas berkaitan dengan jawatan yang dipohon sebelum menghadiri temuduga. 

2. Fahami apakah kehendak majikan anda - Jangan hanya fokus pada jawatan dipohon. Anda perlu perluaskanya. Jika boleh cuba gunakan kenalan atau network anda untuk kenalpasti serba sedikit tentang Syarikat dan jawatan yang dipohon. Ini akan membantu anda untuk fokus dan idea yang bernas semasa menjawab soalan dari bakal majikan anda.

3. Kenalpasti kenapa anda layak untuk jawatan dipohon -  Ini adalah penting untuk memastikan majikan anda percaya anda adalah calon yang terbaek untuk syarikat mereka. Anda perlu bijak menjual diri anda. Ingat ini adalah 'turning point' anda.

4. Biasakan dengan Resume Anda - Rujuk balik point  number 2 tadi. Anda perlu tahu dengan jelas kehendak jawatan yang dipohon jangan bercakap atau memberi sesuatu yang diluar topik. Cuba kaitkan balik dengan kerja lama anda ( fresh graduate boleh kaitan dengan pratical training anda OK ).

5. Dengar dan kenalpasti soalan - Adalah anda perlu explain??



Read More Add your Comment 0 comments


Sistem Peperiksaan Perkhidmatan Awam Online



Peperiksaan SPA Kini Online



27 Mei 2014 menjadi tarikh mula hebahan peperiksaan Online oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA). Ianya diumumkan serentak dengan peperiksaan kemasukan jawatan Pegawai Pembangunan Masyarakat (PPM). Sebenarnya peperiksaan PPM ini adalah peperiksaan kedua menggunakan sistem online ini selepas peperiksaan Penolong Pegawai Arkib pada awal Mei 2014. Ianya merupakan transformasi yang dirancang bagi meningkatkan kemudahan untuk calon dan penjimatan kos pengurusan peperiksaan
Menurut pengerusi SPA, Tan Sri Mahmood Adam, kaedah terbaru ini dilaksanakan bagi memudahkan calon mengambil peperiksaan tanpa perlu lagi mengambil cuti untuk ke pusat peperiksaan yang ditetapkan seperti sebelum ini. Tambahan dari itu katanya lagi, menerusi transformasi berkenaan, SPA dapat menjimatkan kos pengurusan peperiksaan berbanding cara sebelum ini yang merangkumi perbelanjaan seperti kertas jawapan dan buku soalan dengan nilai penjimatan sebanyak RM2.5 juta setahun.
Ia membolehkan orang ramai menduduki peperiksaan bertulis untuk memasuki skim perkhidmatan awam di mana saja mereka berada iaitu di rumah, pejabat atau luar negara”, ujar Tan Sri Mahmood Adam, pengerusi SPA

kesan positif untuk calon?

Dalam sistem lama, calon dikehendaki hadir ke pusat peperiksaan yang ditetapkan dan masalah yang timbul adalah;
  • Calon terpaksa mengambil cuti untuk hadir ke pusat peperiksaan
  • Pusat peperiksaan yang jauh. Ada sesetengah calon bekerja di Kuala Lumpur terpaksa pulang ke Perlis untuk mengambil peperikaan di kampung
  • Masalah ‘keinginan’ calon bertukar pusat peperiksaan
  • Masalah kegagalan menjumpai pusat peperiksaan. Banyak kes calon lewat sampai ke pusat peperiksaan kerana tidak menjumpai lokasi sebenar
Tahniah untuk SPA yang mendengar keluhan calon-calon sebelum ini dan memperkenalkan inisiatif peperiksaan online ini. Syabas! Diharapkan dengan perlaksaan ini akan menambah jumlah calon yang mengambil peperiksaan dan lebih ramai calon lulus peperiksaan SPA ini

masalah pada calon?

Rata-rata bergembira dengan perlaksanaan ini tetapi untuk calon yang hadir berlaku banyak kegusaran atas beberapa halangan teknikal yang berlaku. Antaranya yang sempat kami kumpulkan;
  • ‘Loading’ yang lambat
  • Sistem ‘auto-refresh’ yang mendatangkan masalah
  • ‘Pop-up’ mengatakan ada soalan belum dijawab walhal semua soalan telah dijawab
  • ‘Auto refresh’ yang kerap dan tidak tepat membuatkan calon terganggu dan kehilangan masa
  • Gambarajah tidak keluar untuk soalan yang memerlukan rujukan gambar
  • Telah menjawab semua soalan dan menekan link selesai, ‘Pop-up’ muncul mengatakan ada soalan belum dijawab
Itu antara masalah yang timbul. Tidak dinyatakan masalah akses internet oleh calon dan masalah tiada akses yang kita anggap sebagai masalah yang boleh diatasi oleh calon sendiri. Masalah yang dinyatakan di atas adalah pada sistem peperiksaan online itu sendiri pada teknikaliti perlaksanaan.
Ianya adalah masalah biasa untuk sistem baru dan ada ruang untuk penambahbaikan dan pastinya ianya tidak dipandang enteng oleh pihak SPA.
Pada calon yang lalu, masalah ini besar bagi mereka kerana tidak tahu apa status peperiksaan yang lalu. Adakah peperiksaan itu ‘valid’ dan bagaimana pemarkahan mengambilkira ‘pop-up’ yang mengelirukan dan ada soalan yang dikatakan masih belum dijawab.

anda calon peperiksaan online?

Jika anda calon peperiksaan Online yang lalu, bagaimana pengalaman anda? Ada calon yang berjaya dan lancar dalam sesi online yang lepas tetapi ada juga yang mengalami masalah seperti yang dimaklumkan. Tinggalkan response anda tentang peperiksaan online oleh SPA Ini untuk melihat apa lagi kelemahan dan kebaikan yang berlaku.






















Read More Add your Comment 0 comments


Jadual Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Awam 2014



Senarai Semak Jadual Peperisaan Mamasuki Perkhidmatan Awam Untuk Tahun 2014. Bagi yang terlibat boleh menyemak hari dan tarikh peperiksaan yang diadakan. Untuk calon anda digalakkan untuk 'double check' tarikh peperiksaan anda dilaman rasmi SPA jika ada sebarang pindaan tarikh.

Senarai Penuh Peperiksaan SPA 2014 

BIL.NAMA PEPERIKSAANTARIKH PEPERIKSAANBULANHARI
1.Pembantu Penguatkuasa Gred N1706.01.2014 - 08.01.2014JanuariIsnin - Rabu
2.Pegawai Belia dan Sukan Gred S41 [ Panduan ]08.02.2014FebruariSabtu
3.Pegawai Penerangan Gred S4101.03.2014MacSabtu
4.Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29 [ Panduan ]08.03.2014MacSabtu
5.Pegawai Imigresen Gred KP1707.03.2014 - 30.03.2014MacIsnin - Jumaat
6.Penolong Pegawai Keselamatan Gred KP27 [ Panduan ]10.03.2014 - 14.03.2014MacIsnin - Khamis
7.Pegawai Arkib Gred S41 [ Panduan ]01.04.2014AprilSelasa
8.Separa Perubatan Gred U29 [ Panduan ]14.04.2014 - 30.04.2014
dan
02.05.2014
April/MeiIsnin - Jumaat
9.Pegawai Pertahanan Awam Gred KP4130.04.201AprilRabu
10.Akauntan Gred W41 [ Panduan ]06.05.2014MeiSelasa
11.Penolong Pegawai Arkib Gred S2712.05.2014MeiIsnin
12.Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S4127.05.2014MeiSelasa
13.Penolong Pegawai Belia dan Sukan Gred S27 [ Panduan ]08.06.2014 - 13.06.2014JunAhad - Jumaat
14.Penolong Pegawai Siasatan Gred P2910.06.2014- 11.06.2014JunSelasa - Rabu
15.Penolong Penguasa Penjara Gred KX2722.06.2014 - 26.06.2014JunAhad - Khamis
16.Penolong Penguasa Kastam Gred W2705.08.2014OgosSelasa
17.Penguasa Kastam Gred W41[ Panduan ]19.08.2014OgosSelasa
18.Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 [ Panduan ]Penghujung Ogos 2014OgosSabtu
19.Penolong Penguasa Imigresen Gred KP27 [ Panduan ]09.09.2014 - 11.09.2014SeptemberSelasa - Khamis
20.Artis Budaya Gred B17 [ Panduan ]15.09.2014 - 18.09.2014SeptemberSelasa - Khamis
21.Penolong Penguasa Bomba Gred KB29 [ Panduan ]22.09.2014 - 26.09.2014SeptemberIsnin - Jumaat
22.Penolong Akauntan Gred W27 [ Panduan ]27.09.2014SeptemberSabtu
23.Ahli Fotografi Gred B27 [ Panduan ]08.10.2014 - 10.10.2014OktoberSelasa - Jumaat
24.Perangkawan Gred E41 [ Panduan ]11.10.2014OktoberSabtu
25.Penolong Pegawai Pertahanan Awam Gred KP2713.10.2014 - 16.10.2014OktoberIsnin - Khamis
26.Pereka Gred B41 [ Panduan ]15.10.2014 - 17.10.2014OktoberRabu - Jumaat
27.Separa Perubatan Gred U29 [ Panduan ]20.10.2014 - 31.10.2014OktoberIsnin - Jumaat
28.Penerbit Rancangan Gred B27 [ Panduan ]
27.10.2014 - 30.10.2014
OktoberIsnin - Khamis
29.Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S27 [ Panduan ]01.11.2014NovemberSabtu
30.Pegawai Kebudayaan Gred B27 [ Panduan ]03.11.2014 - 06.11.2014NovemberIsnin - Khamis
31.Pereka Gred B17 [ Panduan ]05.11.2014NovemberRabu
32.Ahli Fotografi Gred B17 [ Panduan ]10.11.2014NovemberIsnin


Read More Add your Comment 0 comments


 

About Me

Our Partners

© 2010 Panduan Info Kerjaya All Rights Reserved Thesis WordPress Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors.info